Saturday, October 8, 2016

KISAH SI PATAH TULANG (Tibial Plateau Fracture) -Part 1


Pernah alami patah tulang? tambah2 bahagian kaki yang pastinya sukarkan pergerakan, bukan? Hihi. selama ini asyik dengar orang yang eksiden patah itu ini, sekarang Allah nak bagi rasa pengalaman ini.
Intro:
Selepas tamat belajar Dis 2015 yang lalu, aku dapat penempatan pada hujung januari 2016 di JB. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Hujung bulan ke-5, dalam perjalanan balik dari sekolah, Allah takdirkan aku mengalami eksiden. kesnya, petang tu aku macam biasa ulang alik sekolah naik motor, nak dijadikan kisah MC yang panjang bila terjatuh menyembah tar di jalan. Masa tu cuak yang amat, fikir nak cepat2 berdiri sebab takut ada kenderaan lain datang langgar. Tapi aku tak boleh bangun. 

Maka, melambai2lah aku harapkan bantuan. Alhamdulillah , Allah hadirkan beberapa pengguna jalan raya lain yang cukup prihatin.
Dua orang pemuda tolong masa tu, sorang tolong bawa motor balik ke rumah sewa, manakala aku bersama seorang lagi kawannya naik kereta menuju ke klinik. Aku ke klinik sebab rasa tiada kecederaan teruk. Cuma, kesakitan teramat di bahagian lutut yang nampak lebam dan membengkak. Aku tak boleh berjalan langsung. sampai di klinik, doc cakap ni seliuh biasa sebab kaki masih boleh digerakkan macam biasa cuma terbatas sikit. Masa tu aku lega, yelah takut patah ke apa.

Sampai rumah, aku berehat sambil tuam ais dengan harapan bengkak lebam surut. Tapi masa tu masih tak boleh berjalan biasa.
Malam, aku tak boleh lena sebab rasa ngilu kekadang di lutut. Aku dapat rasa macam ada tak kena di lutut, macam rasa kaki longgar semacam. Esoknya, cikgu2 sekolah yang dapat tau berita ini datang ke rumah. Mereka paksa aku xray di hospital takut ada keceraderaan lain.

Lepas Xray, aku punyalah berdebar dengar kata doc yang aku rupanya patah. Perasaan yang tak dapat nak cakap bila doc cakap kena buat 1 plihan. pilihan pertama, buat pembedahan masukkan skru. pilihan kedua, simen (POP).Yang terbaik, pilihan 1.
Bedah? Sesuatu yang tak pernah terfikir dalam hidup. Dengan mengambil risiko tidak dibedah, maka aku sekadar disimen.

Maka, bersimenlah aku dari hujung paha sampai hujung kaki yang nampak jari jemari saja. HAHA. Tapi mujur masa tu aku bijak sikit google dulu tentang simen. Simen ini ada dua jenis, 1 yang percuma yang balutan simen tebal putih tu Yang tu berat yang amat, boleh gatal2 jadinya & tak boleh kena air kang retak. 
Aku pilih simen jenis FIBERGLASS. Yang ini ringan, ada pelbagai warna. Aku punya warna biru macam gambar ni.

Image result for simen kaki fiberglass
-Lebih kurang beginilah kakiku berbalut jenis Fiberglass'-Ehsan Google


Untuk balutan macam aku ni pakai dalam 4 gulung. Yang ni berbayar tau. 1 gulung rm35. Yang ni, kena beritahu doc sebab masa kes aku tu doc tak sebutkan langsung pasal fiberglass ni. Mujur, sempat google sedikit sebanyak. kihkih. Maka, dengan tersarungnya balutan azimat ini, bermulalah episod MC yang panjang. Bertapa di rumah dengan membawa kaki berbalut biru setiap masa. HAHA.

Mmm, mujur pergi XRAY di hospital, kalau percayakan doc di klinik tu alamat meranalah kaki dan jiwa raga. Kecederaan aku dinamakan TIBIAL PLATEAU FRACTURE. Dalam bahasa mudah, patah tulang kering. Sedikit info, tulang betis kita ini ada 2 tau, 1 tulang tibia yang dipanggil tulang kering dan satu lg tulang fibula.
Image result for tibial plateau fracture
Kecederaan aku macam dalam bulatan tu. Bezanya kena kaki kiri.
Image result for tibial plateau fracture
Tulang tibia ini penting tau kerana menghubungkan lutut ke pergelangan kaki dalam tubuh manusia. Ia juga berfungsi untuk membentuk bagian dari kerangka pada kaki bagian bawah, di mana ia mendukung gerakan kaki, mencipta titik di mana otot-otot dimasukkan, menyimpan mineral dan menghasilkan sel-sel darah dalam sumsum tulang (Sumber Google).

PENGALAMAN KAKI BERBALUT?
Aku duduk dalam rumah ja, nak cepat gerak aku duduk atas kerusi roda. Nak ke tandas, aku pkai tongkat (crunches). Tongkat tu kena beli tau, bukan hosp bagi free. Aku punya tu dalam RM49 beli di farmasi.

DIsebabkan aku punya simen jenis fiberglass, RINGAN, TAHAN LASAK SIKIT, TAK GATAL. Jadi, oklah. Kadang2 rasa macam pakai lengging kaler biru dengan kaki sebelah terjulur. HAHA. 

Berapa lama aku kena bersimen? Ada pantang larang tak? Makan 'supllement ' apa? Tunggu cerita part 2. Jeng jeng jeng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...