Tuesday, July 3, 2012

NASIHAT BOLEH JADI DOSA KALAU......



::NASIHAT::
Semua orang layak beri nasihat dan menerima nasihat..
TAPI


MAKSUDNYA??

Pernah alami ni?

"mari sini! aku nak nasihat sikit ko ni..."
"Eh, aku  bukan nak mnghina ko, tapi cuma nak nasihat sikit diri ko tu, cubalah ko cermin...bla bla"
dan seumpamanya lagi..
PERSOALANNYA: KATA-KATA INI DITAKRIFKAN SEBAGAI NASIHAT??

Mari renungi bersama kata-kata ini..:
:: ''Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu'' ( Imam Asy-Syafi'e )
Maksudnya di sini, jagalah adab ketika benar-benar mahu memberi nasihat..agar tak tersadung menjadi hinaan.
Assalamualaikum...

MOTIF:: Parut lama sedikit terhiris bila ternampak, terbaca post2 pasal nasihat...

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari dendam, prasangka buruk terhadap orang, tetapkanlah keikhlasan hati aku, jaga dan lindungilah perasaan aku ketika mereka mencalar perasaanku dan titipkanlah dalam hati-hati mereka dengan prasangka baik serta kuncilah lidah mereka dari cercaan melampau...amin.."

Monday, February 20, 2012

JOM! BACA QURAN DALAM ALAM MAYA!




Tengah cari2 maklumat pasal tugasan kerja khusus TITAS tadi, tiba2 kita terklik ni..Wuhuu, best!!

Terapi paling tenang bila kita tengah kalut & pening kepala siapkan tugasan, bila baca je ayat2 suci al-quran ni, tenang balik rasenya..Tak caya, try tengok ^_^!

Terima kasih banyak2 kat belog ni ye..Selain penuh maklumat yang diperlukan, ada terapi jiwa rohani sekali..

Nak tahu pe mende yang wuhuu sangat ni, JOM, JOM!


 KLIK SINI !!!!

NOTA: 
Sambil2 kita buat aseimen, sambil2 kita baca Quran kan..kurang sikit kut belek muka buku..T___T

Thursday, February 9, 2012

BILA BACAAN AL-QURAN DIJADIKAN 'RINGTONE'








Bukan nak bertanya 'ringtone' yang diguna pakai oleh anda sebaliknya sekadar ingin berkongsi soalan::

Pernah dengar mana2 bacaan al-quran yang dijadikan 'Ringtone'? 

Ya, ada yang berkata adalah lebih baik kita mengingat Allah S.W.T  dengan menjadikan bacaan al-QUran sebgai ringtone dari lagu2 sekarang yang cukup  membingitkan telinga dan memuja cinta manusia.

Tapi, bagaimana dengan hukumnya?

LIHAT SITUASI INI:

1) Ketika dalam tandas, terdengar laungan azan yang datangnya daripada salah seorang pemilik Hp yang ketika itu sedang dalam tandas. Persoalannya: Sesuaikah kata-kata pujian dan mengagungkan Allah di tempat tinggal Syaitan yang laknatullah?

2) Paling ditakutkan, sememangnya fitrah semua pemilik hp yang akan segara menyahut panggilan apabila mendengar 'ringtone' di hpnya. Bagamana yang menggunakan 'ringtone' dari potongan ayat-ayat al-quran? Misalnya, pabila kita mendengar 'ringtone' berbunyi, kita segera mematikannya. Bagaimana kalau semasa 'ringtone' dimatikan itu berhenti pada ayat 'la ila' ?Bukankah ia bermaksud TIADA TUHAN? Subhanallah! Elok2 tujuan kita untuk mengingati Yang Maha Pencipta, tiba2 kita tanpa sedar menafikan kewujudan-Nya.Wallahualam...moga kita dijauhi dari golongan itu..

Lalu, timbullah soalan ini:

Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit 

dengan bacaan surah Al Quran??

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

# SILA KLIK SINI untuk penjelasan yang lebih lanjut #


Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-
Quran sebagai nada dering adalah :-


Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.


Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.


Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.




~Matlamat tak menghalalkan cara~


USAI CATATAN:

NOTA: 

Masih dan terus dalam proses mengenal-Nya. Walaupun kekadang tersadung dalam luar lingkaran hukum-Nya. Moga niat ini terlaksana jua. InsyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...